Assalamu'alaikum peeps.I think for this entry I'll use more Malay word rather than English.
Sebenarnya bila kita dah tamat satu peperiksaan dalam hidup kita,macam saya baru sahaja tamat SPM 2012 bukan bermakna kita dah bebas ataupun "fuh,lega siot" sebenarnya banyak lagi cabaran-cabaran yang lain yang bakal tiba dalam hidup kita.Sebagai remaja,*peringatan untuk diri ini juga* kita sebenarnya perlu bijak menangani masalah yang datang dalam hdup kita.Sebagai seorang remaja Islam,kita bukan sahaja perlu menunujukkan akhlak dan peribadi yang terpuji malahan kita juga perlu sentiasa membimbing hati kita supaya sentiasa berpaut kepada Allah SWT baik dalam masa senang mahupun susah.
Remember,ALLAH SWT is THE BEST LISTENER.So,kita kena gantungkan pengharapan kita hanya kepada Dia kerana waktu kita menangis,ketawa,marah atau kecewa sebenarnya Dia ada bersama kita.Saya pun terasa sedikit tekanan apabila memikirkan apa yang Allah bakal takdirkan untuk diri ini.
Wallahu'alam.
Akhir kalam,marilah kita renungkan hadis Rasulullah SAW ini.Moga-moga hadis ini dapat memberi manfaat kepada diri saya dan anda semua pembaca sekalian.
- Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia.”
Smile even if you're feel reluctant to do so